Friday, September 15, 2017

DEXANDRA CLEARANCE SALES


Dexandra Clearance Sales.
Start harini sampailah stok licin.

Selected brands only tau. Bila stock dah licin, Dexandra dah tak kuarkan brand ni semua dah.

So kalau korang nak buat stok bebanyak, belilah masa time masih ada dan murah giler ni.

List brand boleh tengok sini yer:

Clearance Sale Women
1. Petite Cherrie
2. Purr Katty Perry
3. English Pear JM
4. Ma vie
5. Chance
6. Orange Blossom JM
7. Marry Me
8. 212 Vip
9. Bond No. 9
10. Tresor Midnight Rose
11. My Burberry
12. Peony Blossom JM
13. Creed Love In White
14. Issey Miyake
15. Eros Versace
16. Body Edp
17. De'Xandra Her
18. Signorina
19. Angel TM
20. The One D & G
21. Narciso Pink
22. Love Story
23. Modern Muse
24. Narciso Her
25. Untold

Clearance Sale Men
1. Chanel Bleu
2. Armani Code 
3. Abir
4. Black XS
5. Emblem
6. Aigner Blue
7. De'Xandra Him
8. Le Male
9. YSL
10. Creed Irish Tweed
11. The One 
12. A Men

Harga: Belum  termasuk Postage

Boleh WA/Telegram: 
Ayu Rashid | 019 - 989 8341

Thursday, September 14, 2017

Bagaimana Surirumah Nak Jana Income dari Rumah dengan Dexandra?

Teks: Rahayu Rashid
Image: Koleksi Peribadi Rahayu Rashid

Dengan adanya kemudahan internet, seorang surirumah yang biasa-biasa ajer
Mampu jana income sendiri dari rumah




Bermula dengan 0 modal iaitu sebagai Consignment
Atau dengan modal RM150 iaitu sebagai Dropship

Anda sudah boleh bermula untuk membantu diri sendiri, suami, keluarga dan orang lain dengan bisnes Dexandra.




Jika saya boleh... malah ramai lagi surirumah di luar sana dah jana pendapatan dengan Dexandra dengan hanya berbisnes dari rumah.

ANDA JUGA PASTI BOLEH!

Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan

Yang penting, usaha yang konsisten dan tidak putus asa

Untuk menjadi sebahagian daripada team saya iaitu Oh Wanginya Dexandra
Anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut
Kita sembang dulu, tiada paksaan untuk sertai atau tidak
Yang penting, anda ada kemahuan dan kesedaran untuk ada income sendiri

Hubungi saya:
Ayu Rashid | 019 - 989 8341

(Whatsapp @ Telegram sahaja, strictly no call)

Tuesday, September 12, 2017

BANGKIT!

Kita memang tak boleh mengubah perkara yang telah berlaku, tetapi kita memiliki peluang untuk merancang dan mengubah masa depan dgn izin Allah


Sunday, August 27, 2017

3 bulan tanpa updates?

Teks: Rahayu Rashid
Image: Koleksi Rahayu Rashid

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua.

Lamanya saya tidak bersiaran kat sini! Last post ialah masa nak sambut bulan Ramadhan. Ini? Post ni pulak lagi 4 hari nak sambut Hari Raya Aidladha. Betapa lamanya tak update blog ni, lebih kurang 3 bulan! Haa, bukan saja bersawang, tapi dah ada penunggu agaknya :)



Dah ada baby yang semakin membesar dengan semakin banyak akal dan ragamnya, kekangan masa pun semakin menghimpit. Yer, ia memang mencabar. Penat badan dan mental berganding seiring. Bekerja dari rumah (sebagai Ghost writter dan berniaga online) memang meletihkan. Kadang-kadang rasa tak boleh nak fikir nak buat apa dah untuk bisnes.

Tapi, syukur alhamdulillah, rezeki sentiasa ada, walaupun saya dah jarang share tentang bisnes dan produk di social media. Memang, rezeki adalah jaminan Allah. Saya yakin pada ketentuan tu. Cuma, menjadi diri saya yang agak workoholic, bila saya tak dapat buat apa  yang saya plan nak buat atau patut saya buat, saya rasa macam alahai, tensennya!

Antara yang saya tak dapat buat ialah untuk update blog ni sekurang-kurang 3 kali seminggu. Saya sentiasa ingin sharing apa yang saya buat dan perkara berkaitan kerjaya sebagai surirumah dan working at home mother (WAHM), tapi kekangan masa membantutkan semua tu.


InsyaAllah, saya akan cuba konsisten update di sini at least 3 kali seminggu. Oh ya, selamat bercuti sekolah, selamat menyambut hari kemerdekaan dan selamat hari raya aidiladha buat semua.

Sehingga berjumpa lagi.

Sayang rindu,
Rahayu Rashid
Panduan dan Inspirasi Wanita Bekerja di Rumah

Saturday, May 27, 2017

Salam Ramadhan & Selamat Bercuti Sekolah!


Semoga Allah memberikan usia yang berkat
Kesihatan yang baik untuk kita beribadat pada bulan Ramadhan ini
Dan semoga darjat kita diangkat, amalan diterima dan dihapuskan dosa
Dengan rahmat dan kasih sayangNya.


Salam Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Bercuti Sekolah!
Dari;
Ayu Rashid & Family

Friday, May 19, 2017

Saya Kembali bersama Orang Baru!

Teks: Rahayu Rashid
Image: Koleksi Rahayu Rashid

Lama saya tak berkongsi kat sini, kan? Apa khabar semua? Masih ada ke yang jenguk blog ni walaupuan dah lama bersawang? Semalam pun update sepintas lalu jer, ambik mood nak mula sharing semula kat sini. 

Kebetulan kelmarin, ada sikit masa. So, saya mekap-mekap la semula blog ni. Kasik semangat nak sharing kat sini semula. Blog kena cantik, baru aura tu datang. Nasib baik blog takleh nak wangi dengan perfume, kalau boleh, saya dah zasss spray perfume. Takat spray dalam SOHO boleh la, nak ambik mood kan.

Perkembangan saya?
Sekian lama menyepikan diri. Sebenarnya sejak Ramadhan tahun lepas (ni dah nak Ramadhan lagi sekali dah Sabtu depan!), saya dalam keadaan 'istimewa'. Apa yang istimewa tuuu?

Saya mengandung dan melahirkan anak ketiga!

Saya mengandung pada bulan puasa, dan selamat melahirkan pada 2.2.2017 lepas. Alhamdulillah. Baby girl. Sekarang dah 3 bulan lebih umurnya. Sihat walafiat. Ayra Safiyya namanya. Syukur, Allah bagi lagi rezeki menimang baby pada usia saya 38 tahun! Memang saya nak sangat tambah anak lagi sorang, cukupkan 3 sebelum usia 40 tahun. Alhamdulillah, DIA makbulkan impian kami.

Sejak saya mengandung tu la saya mabuk teruk. Sangat teruk sampai 2 kali pergi klinik untuk drip! Sampailah saya bersalin saya alahan (berkahak non stop). Seksanya rasa. 

Itu yang saya tak dapat fokus pada semua blog yang saya ada. Blog ni memang selalunya jarang la saya update, sebab rasanya lebih ramai pembaca di blog ayurashid.com

InsyaAllah, ada masa saya akan berkongsi kat sini lagi. Kalau sunyi sepi kat blog ni, jemputlah singgah di blog saya yang lain (personal dan juga business blogs)

  • www.ayurashid.com
  • http://dexandra-perfume.blogspot.my
  • http://ronella-essential-oil.blogspot.my

Sehingga berjumpa lagi. Dan dengan lafaz Bismillah, saya perkenalkan ahli keluarga baru kami: Ayra Safiyya.



Semasa Majlis Berendoi & Doa Selamat pada 23/4/2017 lepas 


Bila dah ada baby, bertambahnya anak, maka bertambahlah tanggungjawab. Rutin harian saya berubah, dan ia memang mencabar!

Kalau tak sempat kongsi kat blog ni, saya akan kongsi di blog personal (www.ayurashid.com). Teruskan setia bersama saya: Rahayu Rashid Inspiration!

Thursday, May 18, 2017

Pesanan Terakhir Almarhun Dato' Dr. Haron Din

Orang Mukmin yang hebat ialah dia meninggalkan dunia sebelum dia meninggal dunia. Dia bersedekah sampai kaya, bukan dah kaya baru bersedekah. Dia berdakwah sampai jadi alim, bukan dah alim baru berdakwah. Dia datang masjid sampai ke tua, bukan dah tua baru nak ke masjid. Dia beramal sampai ikhlas, bukan dah ikhlas baru nak beramal.

Al-Fatihah. Semoga Allah merahmati Al-Marhum dan seluruh umat Islam yang telah kembali kepadaNya dengan rahmat dan kasih sayangnya. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...