Rumahku... Syurga Duniaku

Teks: Rahayu Abdul Rashid

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Hari minggu datang lagi! Ia adalah hari untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang. Sebagai wanita samada yang berkerjaya, bekerja dari rumah atau surirumah, waktu bersama keluarga adalah saat yang paling membahagiakan. 

Apakah agenda kita pada hari ini dan esok?

Bagi kaum wanita, hari minggu juga adalah hari yang sibuk. Mengemas rumah, memcuci pakaian dan membuat persediaan untuk keperluan untuk hari seterusnya. Kalau anak bersekolah, inilah harinya untuk menggosok pakaian sekolah anak untuk seminggu!

Kalau suami-isteri juga bekerja dan memakai pakaian yang perlu 'bergosok'? Jawapannya ialah berganda-gandalah kuantiti pakaian yang perlu digosok! Berpeluh juga kan? Tidak mengapa, kalau sudah selesai semuanya, kita sudah boleh mengurangkan satu senarai tugasan yang 'wajib' dibuat setiap hari. 

Gambar: Koleksi Peribadi Penulis

Jangan lupa, hari minggu juga adalah hari yang sesuai untuk kita mengemas rumah. Mungkin kalau sudah jemu dengan dekorasi yang sama, kita boleh ubah sedikit kedudukan perabot. Berikan aura baru di dalam rumah supaya kita lebih seronok dan bersemangat bila berada di rumah.

Tidak perlu mengeluarkan bajet. Kalau alihkan sofa ke kedudukan lain pun kita dah nampak perubahan yang ketara. Hendak lagi cantik? Letaklah beberapa biji 'throw pillow' berlainan saiz dan corak. Pasti anda tersenyum puas dengan sentuhan 'ajaib' sendiri.

Gambar: Koleksi Peribadi Penulis

Jadikan rumah kita syurga dunia kita. 
Disinilah kasih sayang kita sekeluarga bersemi mekar setiap hari. 'Senibina' kehidupan anak-anak kita bermula dari rumah. Kita sebagai ibu bapa adalah 'arkitek' yang membentuk 'senibina' tersebut.

Sehingga berjumpa lagi. Salam sayang dan selamat berhujung minggu.

Comments

Popular Posts