Suatu Ketika Dahulu... Punch Card-ku Selalu Merah

Teks: Rahayu Rashid
Image: Rahayu Rashid


Satu masa dulu, waktu sebegini saya sudah berada di pejabat. 8.15 pagi waktu 'last call' untuk punch card. Punch card saya sentiasa merah terutamanya semasa saya menetap di rumah sewa di Seksyen 18 Shah Alam. 


Waktu itu, anak sulung saya berumur antara setahun lebih hingga 2 tahun lebih. Suami bekerja di TNB Bangsar, saya bekerja di UNISEL Shah Alam. Pengasuh anak di Taman Pinggiran USJ. Saya tiada lesen memandu. Kawasan saya tinggal tiada kenderaan awam melainkan teksi yang perlu saya call dahulu. Caj tambang memang berganda.


Penyudahnya, seawal jam 6.30 pagi kami perlu keluar rumah. Hantar anak dahulu ke Taman Pinggiran USJ, kemudian suami akan hantar saya ke stesen komuter Padang Jawa. Tren ktm selalu 'delayed', jadi ia memang mengundang tekanan kerana boleh dikatakan ia terlalu kerap berlaku.


Dari stesen Padang Jawa - stesen Shah Alam cuma 1 stesen saja, tapi disebabkan tren selalu delayed, itu penyebab utama punch card saya selalu merah! Itu belum dikira lagi saya perlu naik teksi dari stesen Shah Alam - UNISEL yang mana 'teksi sapu' di situ akan pergi ke kawasan tertentu sahaja, itu pun bila telah penuh muatan. 


Memang saya bosan dengan keadaan macam tu. Selepas lebih kurang 2 tahun, kami pindah semula ke Flat PKNS Shah Alam. Rumah di tingkat 4, wah! gigih kami sekeluarga mendaki tangga setiap hari. Syukur dania sudah besar (3 tahun lebih), jika dia masih berdukung hmmmmm, ber-muscle-lah lengan saya :)


Itu semua kenangan yang telah berlalu. 
Kenangan dan pengalaman, saya taknak ulang itu semula. Duit gaji banyak dihabiskan untuk tambang, bayar pengasuh dan belanja makan. Sedangkan gaji waktu itu tak sampai pun 3k. Tapi, saya bersyukur untuk setiap rezeki yang Allah berikan. 


Kini... saya hanya berkarya dan bekerja dari rumah. 

Comments

Popular Posts